Home Artikel PAS Wilayah

Konvoi Batu Sejahtera : Sebarkan Salam Jalinkan Ukhuwwah Bersama Rakyat

89 views
SHARE

BATU, 13 Januari – Hampir 60 orang ahli PAS Batu telah mengambil bahagian dalam program Konvoi Batu Sejahtera yang bermula dari Taman Melewar sekitar pukul 11.00 pagi tadi.

Rombongan konvoi dilepaskan oleh Ustaz Zaharudin Mohamed yang sebelum itu menyampaikan kuliah dhuha di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Antara pimpinan kawasan yang turut sama menyertai konvoi tersebut adalah Ustaz Azhar bin Yahya selaku Yang Dipertua PAS Batu, Ustaz Abu Bakar bin Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Batu dan Puan Hajah Salbiah binti Abdul Wahab, Ketua Dewan Muslimat PAS Batu.

Konvoi tersebut bergerak dari Taman Melewar dan berhenti di beberapa ‘checkpoint’ iaitu Sri Murni, Taman Wilayah, Desa Bakti, Taman Beringin, Batu Muda dan UTC Sentul untuk mengedarkan kalendar khas tahun 2019 edisi PAS Batu kepada masyarakat di sekitar itu. Masyarakat setempat ternyata gembira dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Konvoi berakhir di Surau At Taqwa, Sentul Utama bagi menunaikan solat Zohor berjemaah dan menikmati jamuan makan sekitar pukul 1.00 tengahari.

Ustaz Azhar mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran Konvoi Batu Sejahtera dalam ucapan penghargaan beliau sebentar tadi.

“Kita berprogram menyebarkan salam dan ukhuwah tanpa mengira warna politik,” ujar beliau lagi.

Puan Hajah Salbiah, Ketua Dewan Muslimat Batu turut merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama semua ahli PAS Batu dari yang menyertai konvoi sehinggalah yang menyediakan juadah.

Juadah makanan tengahari yang berupa nasi putih dan kari kambing dimasak oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Batu iaitu Saudara Shamsuddin bin Yaacob bersama isteri dan turut dibantu oleh AJK Muslimat PAS Batu.

Jamuan makan tengahari tersebut turut disertai oleh jemaah Surau At Taqwa dan masyarakat sekitar Sentul Utama. Rata – rata hadirin yang hadir memuji keenakan juadah yang disediakan oleh jawatankuasa penganjur program ini.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada para petugas yang bertungkus lumus menjayakan program anjuran PAS Batu sepanjang tahun 2018.