Home Artikel PAS Pulau Pinang

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Permatang Pauh Kali ke 9 Berpusat

808
SHARE

9 Jan 2019 | Rabu Permatang Pauh

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Permatang Pauh Berpusat telah berlangsung di Masjid Batu, Kampung Pertama pada 9 Januari 2019 pada jam 9 malam.

Kehadiran terdiri dari wakil-wakil ahli Jawatankuasa PAS Cawangan seluruh Kawasan Permatang Pauh serta pimpinan PAS Kawasan.

Dalam majlis itu, Tn. Hj Omar Hassan selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh telah menyampaikan ucapan. Beliau menegaskan agar semua amilin menjalankan tugas cawangan masing-masing dengan amanah yang dipikul.

Permatang Pauh telah mempunyai 27 cawangan dan PAS Kawasan berharap ianya akan bertambah lagi.

Majlis perasmian pula telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Fazli Bin Hashim ADUN Pantai Merdeka.

Beliau mengingatkan agar PAS peringkat cawangan merencanakan aktiviti program sepanjang setahun dengan susunan gerak kerja yang teratur dan lebih diperkemaskan.

Setiap ahli perlu bersama dasar dan politik Islam serta ada kefahaman sehingga dapat bertahan lama.

Rahsia utama dari sudut pengurusan ialah doa, perelokkan amalan dan ikhlas dalam bekerja.

Setelah berlangsungnya majlis perasmian ini, PAS cawangan akan mengatur mesyuarat agung tahunan masing-masing mengikut tarikh dan agenda yang telah diatur.

Oleh : Farhana Fadhil