Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Kepada Semua Calon STAM

69 views
SHARE

 

Tahniah Kepada Semua Calon STAM!

Seramai 10,078 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berdaftar pada tahun 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada 17 Januari 2019.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan syabas dan tahniah buat seluruh calon yang telah berjaya dengan cemerlang. Sesungguhnya kejayaan ini diperolehi daripada usaha dan pengorbanan insan di sekeliling iaitu ibu bapa, guru dan rakan sekelas.

Jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk anda lebih maju dan berjaya di masa hadapan serta terus berbakti kepada agama dan negara.

Hal demikian, pada calon yang bersedih dengan keputusan yang kurang cemerlang, terus bangkit dan kuatkan semangat untuk mengorak kejayaan mendatang insyaallah.

Justeru sekali lagi, Muslimat PAS merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat semua calon STAM tahun 2018 di seluruh negara.

Semoga terus mengecap kejayaan demi kejayaan di masa akan datang dan segala urusan dipermudahkan di dunia dan akhirat.

SENATOR NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
17 Januari 2019 bersamaan 11 Jamadil Awal 1440