Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Menghayati Falsafah Islam Kebangsaan

245
SHARE

Bangi, Selangor | 18 September 2020

Ketua UKJ Kajang, Tengku Hasif Tengku Nikman, Tengku Hasif Tengku Nikman menyatakan bahawa masyarakat terutamanya golongan muda perlu memahami falsafah yang diketengahkan oleh Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunnya “Islam kebangsaan”. Hal ini kerana kebangsaan adalah sebahagian dari Islam.

Belliau telah ditemubual oleh wartawan PAS Bangi sempena Program Walk4Dakwah di Stadium Kajang semalam.

“Kalau kita tengok Tuan Guru kita mengemukakan falsafah Islam dan kebangsaan, itu adalah sangat penting untuk difahami oleh anak-anak muda di Malaysia ini. Bila mana mereka faham tentang Islam dan kebangsaan itu, mereka tahu bahawa kebangsaan ini adalah salah satu daripada Islam juga.

“Kalau kita tengok ayat ke-13 dari Surah Al-Hujurat, ini ada ditulis dalam buku Tuan Guru ini, kita akan nampak yang cinta kepada negara adalah satu tuntutan dalam Islam yang mana dengannya akan tertegaknya prinsip-prinsip Islam seperti menjaga hak sesama muslim dan hak sesama bukan muslim,” ujar beliau.

Hasif menyatakan sebab utama Tuan Guru memasukkan ayat ini dalam bukunya ini adalah untuk kita tahu bahawa yang membezakan diantara kita disisi Allah Taala hanyalah ketakwaan tanpa mengira etnik.

“Itu merupakan prinsip yang jelas dalam Quran, sebab itu tuan guru pun dia ada masukkan ayat ini dalam buku Islam dan kebangsaan itu supaya kita tahu bahawa kita manusia yang biasa, yang sama yang membezakan antara kita ialah takwa, arh jadi kita cina india, melayu, orang kadazan, Bidayuh. Semua boleh hidup bersama-sama. Yang penting kita kena bersatu atas dasar Islam,” tambah beiau.

Program Walk4Dakwah julung-julung kali diadakan PAS Bangi sempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September. Program ini berlangsung di tiga lokasi berbeza mengikut DUN dalam Parlimen Bangi iaitu iaitu di Taman Tasik Cempaka bagi DUN Sungai Ramal, Stadium Kajang bagi DUN Kajang dan Taman Lake Valley bagi DUN Balakong.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor