Home Berita PAS Johor

Konvoi ARC Jelajah Parlimen Muar

1741
SHARE

MUAR : Dengan kobaran semangat persediaan menghadapi PRU 14, satu konvoi jentera pilihanraya PAS Kawasan Muar telah diadakan pada 31 Mac 2018 yang lalu. Konvoi anjuran ARC Muar dengan kerjasama DPP PAS Muar telah bermula pada jam 8.00 pagi di Taman Lembah Padang, Jalan Joned, Muar.

Perasmian dan pelepasan jelajah konvoi ini telah dilakukan oleh YDP PAS Muar Abd Aziz Talib. Pihak penganjur juga memberikan minyak percuma di stesen minyak Petronas, Parit Jawa kepada semua pemilik motosikal yang terlibat yang dianggarkan 58 buah kesemuanya.

Aktiviti konvoi turut menyantuni warga sekitar parlimen Muar dengan penyampaian sumbangan untuk 4 buah rumah di Dun Sg Balang dan 3 buah rumah di Dun Maharani. Program diteruskan dengan ziarah penduduk dan kerja-kerja amal. Peserta hanya berhenti rehat untuk makan tengah hari dan solat zohor & asar berjemaah.

Konvoi ARC jelajah parlimen Muar ini tamat pada jam 5 petang dan berakhir di Pusat Komuniti PAS Parit Tarom, Muar.