Home Berita PAS Wilayah

Konvensyen Penerangan perkasa jentera PAS Wilayah

22
SHARE

Konvensyen Penerangan perkasa jentera PAS Wilayah

Oleh DHIYA’ MUTMAINNAH

BATU, 26 Julai: Lajnah Penerangan Dan Media Baru (LPMB) PAS Wilayah Persekutuan berjaya menganjurkan Konvensyen Penerangan Dan Media Baru Wilayah Persekutuan secara atas talian semalam.

Menurut ketuanya, Khairul Anuar Abdul Manap, konvensyen penerangan itu bertujuan mempersiapkan ejen-ejen penerangan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa didedahkan kepada maklumat yang sahih.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad ketika merasmikan program berkenaan menegaskan bahawa media baru ialah medan terkini yang banyak menghubungkan anggota masyarakat sekaligus telah menjadi sumber informasi terhadap sesuatu perkara.

“Setiap ahli PAS di setiap peringkat mesti berfungsi sebagai ejen penerangan yang baik agar masyarakat mendapat akses kepada informasi yang sahih dan jauh daripada budaya fitnah”, ujar beliau.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Zul Fadli pula dalam pembentangannya menjelaskan bahawa walaupun situasi atau medan saluran informasi masa kini telah berubah, tetapi matlmat yang ingin dicapai tetap sama dan mesti tidak lari dari tuntutan syarak.

Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Azhar Yahya dalam ucapan penutupnya mengingatkan bahawa usaha-usaha memberi penerangan dan pencerahan kepada masyarakat sewajarnya mempunyai unsur kebergantungan terhadap pertolongan Allah SWT.

“Kita selaku hamba-Nya laksanakanlah kerja sebaiknya sebatas manusia dan jangan sesekali cuba membuat kerja Tuhan”, ujar beliau.

Turut hadir dalam konvensyen berkenaan ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan, Izamuddin Ludin dan Ketua Unit Teknologi Maklumat Dan Dataraya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Rafaie Abdul Razak.