Home Berita PAS Sarawak

KOMPAS : ISLAM sebagai Pandu Arah Menuju Kemenangan

670
SHARE

Sabtu, 29 Julai 2017

1. Alhamdulillah sekali lagi PAS Sarawak telah melangkah setapak lagi dalam usaha melakar rajah baru dalam politik Sarawak dengan mengadakan Konvensyen Menuju Kemenangan PAS Sarawak (KOMPAS) bertempat di Miri, Sarawak.

2. Program yang menghimpunkan ahli PAS dari seluruh Sarawak merangkumi 11 kawasan dan seramai hampir 170 org ini bermatlamat untuk penyelarasan fikrah (pemikiran) dan gerak kerja melalui perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS 2017.

3. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Takiyudddin Hassan, Setiausaha Agung PAS Pusat. Beliau menekankan akan tujuan kehidupan manusia adalah utk “taaruf” (berkenalan) antara manusia. Beliau menekankan akan peri penting integrasi antara kaum serta dakwah kepada bukan islam.

 

4. Program Munaqasyah Ucapan Dasar telah dibentang oleh YB Ust Nasruddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat. Dalam ucapan, beliau menggesa ahli untuk merapatkan ukhuwwah serta memfokuskan kepada meningkatkan kefahaman melalui program tarbiyah parti dalam mencipta kemenangan sulung dalam PRU14 akan datang.

5. PAS Sarawak hari ini menyaksikan sokongan padu dari bukan Islam. PAS mengiktiraf Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan penyerahan kad ahli DHPP kepada lebih 20 org ahli dari golongan bukan Islam.

6. PAS Sarawak yakin hanya dengan Islam dapat menyelesaikan permasalahan yang melanda masyarakat dan negara. PAS Sarawak komited untuk terus melebarluaskan gerak kerja dakwah untuk seantero Sarawak.

Sejahtera Bersama Islam

Muhammad Afiq Mhd Khazar
Ketua Penerangan PAS Sarawak

 

{jathumbnail off}