Home Berita PAS Melaka

Komen Editor Melaka : Selamat Menyambut Ulangtahun Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah

1293
SHARE

Hari ini seluruh rakyat Negeri Melaka menyambut Hari Ulangtahun Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik Dan Kebudayaan, (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dilakukan oleh kerajaan persekutuan pada 15 April 1989. Dengan itu sambutan ini telah diteruskan pada setiap kali tarikh 15 April setiap tahun.

Uniknya pada tahun ini rakyat Melaka menyambut hari ulangtahun pengisytiharan ini dari rumah sahaja. Tidak ada majlis keraian besar-besaran seperti biasa gara-gara Covid-19. Dan saya percaya ia akan diingati sampai bila-bila dan bakal menjadi bahan cerita turun menurun ke anak cucu nanti.

Melaka telah melalui zaman kegemilangan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemudiannya Melaka melalui zaman gelapnya beratus tahun di bawah penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun.

Melaka ketika zaman kegemilanganya adalah sebuah empayar yang besar dan agung. Dulu Melaka sebuah negara dengan seluruh jajahan takluknya yang luas. Namun kini ia hanyalah sebuah negeri kecil tidak beraja.

Namun, di bahu kitalah seluruh rakyat Melaka terletaknya tanggungjawab untuk menjadikan Melaka gemilang dan tersohor semula seperti dulu-dulu kala.

Tanah pusaka
Kau bumi bertuah
Tiada tandingannya sepanjang masa
Akan ku curah jiwa dan ragaku
Kerna cintakanmu
Kebanggaanku
MELAKA

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka