Home Berita PAS Melaka

Komen Editor Melaka : PRK KIMANIS – GUNA JENTERA DAN PERUNTUKAN KERAJAAN, PH JILAT KAHAK SENDIRI!

687
SHARE

Dengan berakhirnya penamaan calon pada 4 Januari 2020 lalu, maka bermulalah episod ‘kebetulan’ di Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis Sabah. Menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) pun mulalah mengumum dan menabur projek di sana-sini.

Free Malaysia Today (FMT) pada 4 Januari lepas melaporkan bahawa pemantau pilihan raya Bersih 2.0 tidak gembira berhubung pengumuman peruntukan pembangunan dan tindakan pegawai kerajaan menjelang PRK Kimanis bulan ini.

Bersih 2.0 yang sekian lama menjadi NGO pro PH itu telah mencatatkan beberapa perlanggaran etika pimpinan kerajaan PH seperti berikut:

1) Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ewon Benedick yang mengumumkan naik taraf jalan ke sebuah surau di Kampung Pantai Sri Gading di Membakut.

2) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub memberi cek bernilai RM90,000 untuk menaik taraf sebuah jeti di Kampung Biau, Bongawan, satu lagi kerusi negeri di situ.

3) Adun Ben Chong dan Junz Wong memberi bantuan kepada mangsa banjir di Binsulok, Membakut

Bersih 2.0 menganggap tindakan ini tidak beretika kerana masanya yang hampir dengan PRK Kimanis dan boleh menjurus kepada dorongan mengundi. Itu belum lagi dengan berbagai-bagai program yang ada cabutan bertuah yang dijalankan PH. Dan SPR seperti biasa, buat-buat tak nampak!

Selesai sahaja PRK Tanjung Piai yang berlangsung pada November 2019 lepas, Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann dalam satu sidang akhbar berkata, kerajaan PH dilihat mula mengikuti langkah kerajaan terdahulu menjelang PRK Tanjung Piai menerusi pemberian pelbagai peruntukan dan bantuan sebelum PRK bermula.

“Sebelum ini, PH ketika berstatus pembangkang memperjuangkan kempen pilihan raya yang bebas dan adil tetapi kini mereka pula yang dilihat cuba mengikuti perbuatan atau langkah sama,” katanya.

Anwar Ibrahim sendiri telah disenaraikan oleh Bersih 2.0 melakukan enam kesalahan ketika menjadi calon dalam PRK Port Dickson pada Oktober 2018 dulu. Namun Anwar tetap menegaskan bahawa apa yang dia lakukan itu bukan satu kesalahan.

Ketika PRK Port Dickson itu juga Bersih 2.0 ada membuat teguran kepada menteri-menteri dan exco-exco PH kerana menggunakan kenderaan rasmi untuk berkempen. Namun teguran Bersih 2.0 itu bukan sahaja tidak diendahkan, malah Bersih 2.0 pula yang ditegur oleh pemimpin-pemimpin PH.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr Aziz Bari melahirkan rasa tidak bersetuju dengan teguran BERSIH 2.0 itu. Dalam laporan portal berita Awani yang disiarkan pada 8 Oktober 2018 itu Aziz turut meminta badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 supaya mengambil kira lebih banyak aspek dalam tugas ahli politik dan tidak hanya mengambil sikap berkeras dalam menegur dengan mendakwa PH paling banyak melakukan kesalahan ketika PRK sebelum ini.

Jadi, jika penyokong-penyokong PH percaya bahawa kerajaan baru PH telah mewujud dan melaksanakan sistem pilihanraya yang telus tidak seperti yang mereka tuduh pada kerajaan BN dulu, penulis nasihatkan mereka supaya fikir semula lapan kali.

Penyokong-penyokong PH disaran agar membaca semua laporan pemantauan pilihanraya yang dilakukan oleh Bersih 2.0. Laporan untuk setiap PRK ini boleh dimuat turun dalam format pdf secara percuma dari internet. Dalam kesemua laporan Bersih 2.0 itu tidak ada satu PRK pun yang PH bersih dari aktiviti melanggar etika pilihanraya!

Pelik dengan pemimpin dan penyokong PH ni. Kalau masa BN buat dulu dosa besar, tapi bila mereka yang buat agaknya beroleh pahala berlipatganda barangkali?

Pemimpin-pemimpin dan penyokong PH seolah-olah hilang ingatan dan langsung tidak ingat apa yang mereka pernah kata pada kerajaan BN dulu. Sekarang hilang ingatan, takut lama-lama nanti gila!

Sekarang mereka sedang mabuk kuasa. Segala yang mereka kata pada BN dulu kini mereka sendiri lakukan, malah jauh lebih teruk! Dan sekarang mereka menjilat kahak mereka sendiri! Sungguh menjijikkan!

SHAME ON YOU PH!!!

Ibnu Janie
Ketua Editor Berita PAS Melaka