Home Berita PAS Perak

Kolobrasi HalWa Dan Kebajikan PAS Santuni Rakyat

584
SHARE

Kolobrasi HalWa Dan Kebajikan PAS Santuni Rakyat


BAGAN SERAI : Sinergi HalWa dan Jentera Kebajikan PAS Bagan Serai bersama beberapa pimpinan PAS bertungkus lumus menjayakan ziarah rakyat sempena Ramadhan.

Lokasi ziarah telah disusun ke beberapa tempat antaranya, Changkat Lobak , Bukit Merah dan Lembah Beriah yang berada di dalam Dun Gunong Semanggol.

Penglibatan di dewan orang ramai telah berjaya menarik muslimat malahan kalangan kaum ibu juga ada bersama dalam program tadarus disamping memperkenalkan pemimpin PAS kepada mereka.

Program itu membuka ruang muslimat juga dapat saling mengenali pengundi- pengundi wanita di kawasan tersebut bahkan program diteruskan dengan ziarah orang sakit dan anak yatim serta seorang pesakit kusta telah menerima sumbangan.

Melalui program itu juga pihak PAS cuba untuk mendapatkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dari sumbangan orang ramai bagi meringankan beban.

Usaha mendekati rakyat itu dapat membantu sedikit sebanyak memperolehi maklumat pengundi-pengundi setempat bagi mengetahui keadaan semasa untuk penyediaan prasarana seperti kerusi roda , ziarah perubatan bagi mereka untuk mengambil pengundi OKU , sakit dan seumpamanya.

Ziarah susulan akan dilakukukan bagi rakyat yang sakit dan OKU serta anak-anak yatim bagi membuktikan bahawa PAS memang komited dalam mendekati masyarkat dan membantu mereka yang wajar dibantu.

Turut serta bersama menjayakannya, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria tidak melepaskan peluang menyantuni masyarakat setempat.

{jathumbnail off}