Home Berita PAS Pulau Pinang

KM Tasek Gelugor gerak bantuan banjir ke Pahang

325
SHARE

TASEK GELUGOR, 5 JANUARI – Khidmat Malaysia (KM) Tasek Gelugor telah menggerakkan misi bantuan banjir ke Pahang bermula 31 Disember hingga 2 Januari lalu.

Misi ini dilaksana atas rasa tanggungjawab dan simpati kepada mangsa banjir di sana.

Misi kali ini tertumpu di dua tempat iaitu di sekitar Mentakab, kawasan yang paling terjejas teruk dalam Parlimen Temerloh dan juga di Kampung Sekara, Chenor.

Penyelaras misi, Abdul Razib Abdul Rahim berkata Khidmat Malaysia (KM) Tasek Gelugor akan terus cakna segala musibah yang terjadi dalam negara dan bersedia memberikan bantuan pada bila-bila masa.

Tambah beliau, semua sukarelawan diharap dapat menunjukkan akhlak yang baik dan menjalankan misi ini semampu mungkin.

Beliau berkata demikian kepada Harakah pada 3 Januari 2021.

Abdul Razib juga mengucapkan terima kasih kepada Khidmat Malaysia, Jabatan Amal, Briged Muslimat, Pemuda, Muslimat, Dewan Ulamak dan Assabiqun Tasek Gelugor yang memberikan kerjasama jitu dalam menjayakan misi ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff mengucapkan tahniah kepada seluruh sukarelawan yang turun menjayakan misi bantuan banjir.

Ujar beliau, ia telah merealisasikan sasaran 500 sukarelawan dari Pulau Pinang.