Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Sungai Besar istiqamah membantu – PAS Kawasan Sungai Besar

10
SHARE

May be an image of 1 person, standing and outdoors

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar | Kegiatan penyampaian bantuan harus diberi lebih perhatian kerana kini makin ramai yang memerlukan bantuan. Saban hari kes Covid-19 semakin meningkat dengan mendadak.

Kerajaan terpaksa membuat keutusa Perintah Kawalan Pergerakan untuk diperkuatkuasakan walaupun membebankan rakyat, demi mengawal penularan wabak tersebut.

Menurut salah seorang wakil Khidmat Malaysia Sungai Besar, mereka telah mendapat sebuah permohonan untuk bantuan makanan. Alhamdulillah bantuan tersebut dikhabarkan telah selamat disampaikan kepada penerima.

Teruskan istiqamah dalam membantu jiran tetangga kita yang dalam kesusahan. “Salurkan maklumat mereka yang memerlukan kepada kami, insyaallah kami akan cuba membantu mereka yang memerlukan”, pesan KM Sungai Besar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor