Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kita Masih Belum Menang Hadapi COVID-19

415
SHARE

 

KITA MASIH BELUM MENANG HADAPI COVID19

1. Sejak awal bulan September lalu, pesakit yang dijangkiti wabak virus COVID-19 semakin meningkat hari demi hari. Daripada laporan harian yang disampaikan melalui sidang media COVID-19, keadaan pandemik wabak ini semakin buruk dan kembali merebak hampir ke seluruh negara. Menurut statistik terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kes wabak COVID-19 merekodkan sebanyak 16, 220 kes secara keseluruhan di Malaysia.

2. Sebagai rakyat Malaysia yang turut mendepani cabaran dalam mencegah wabak ini, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk bersatu melawan wabak COVID-19 ini. Patuhilah segala arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan pastinya adalah demi keselamatan dan kesihatan serta untuk membendung wabak ini daripada terus merebak dan menjangkiti rakyat Malaysia.

3. Berikutan peningkatan mendadak kes baharu, ada sesetengah pihak yang cuba meletakkan kesalahan terhadap sesetengah pihak yang lain yang menjadi punca kepada peningkatan tersebut. Lebih-lebih lagi, situasi ini berlaku sejak Pilihanraya Negeri di Sabah diadakan. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang baik. Tidak perlulah kita terus menuding jari dan menyalahkan orang lain atas perkara telah berlaku.

4. Selain itu, ada juga sesetengah ahli politik yang cuba mengambil kesempatan atas perkara yang telah berlaku untuk kepentingan politik mereka. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk pemimpin kerajaan mahupun pembangkang untuk berpolitik. Sebaik-baiknya, kepimpinan politik negara terus membantu kerajaan membendung wabak pandemik COVID-19.

#KitaJagaKita
#AllahJagaKita

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
13 Oktober 2020 bersamaan 25 Safar 1442H