Home Artikel PAS Sabah

Dewan Ulamak PAS Sabah gerak Bantuan Kecemasan COVID-19

435
SHARE

Oleh : AMIRUDDIN MOHD ROSDI
13 Oktober 2020

KOTA KINABALU : Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) telah menggerakan Bantuan Kecemasan sebagai tanda prihatin kepada masyarakat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 dan kepada mangsa banjir.

Ustaz Azman Jupri, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Ulamak PAS Sabah menyatakan bahawa DUPNS mensasarkan dana sebanyak RM150 ribu untuk membantu masyarakat yang daif dan memerlukan bantuan segara.

Menurut Ustaz Azman, antara yang akan menerima sumbangan dari Bantuan Kecemasan ini ialah keluarga yang dikuarantin, asnaf, fakir miskin, ibu tunggal dan saudara baharu (mualaf).

Katanya lagi, setakat ini seramai 7 buah keluarga telah menerima sumbangan di sekitar Kg. Sungai Damit, Tuaran.

Kepada masyarakat yang ingin menyumbang boleh menghubungi Lajnah Kebajikan DUPNS di talian 016-3436006 dan sumbangan tunai boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah 110823027677.