Home Berita PAS Melaka

Kit peperiksaan buat calon-calon SPM daripada Ameerah PAS Masjid Tanah

377
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Feb : Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah telah mengedarkan Kit SPM yang mengandungi alat tulis dan ucapan semangat untuk calon-calon peperiksaan SPM yang bakal bermula 22 Februari ini.

Menurut Ketuanya, Maryam Imran, kit-kit ini telah diedarkan ke rumah calon-calon terbabit dalam program edaran yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

“Kita telah edar kit-kit ini menggunakan konsep penghantaran ke rumah. Antaranya sekitar Lubok China, Kampung Lubok Redan, Kampung Sri Jeram, Kuala Sungai Baru, Londang, Pengkalan Balak dan Solok Duku.

“Semoga dengan pemberian kit tersebut dapat memberikan kegembiraan dan semangat kepada adik-adik yang akan berjuang dalam peperiksaan bermula 22 Februari ini.

“Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon-calon dan didoakan agar dipermudah urusan serta mendapat kejayaan insya-Allah. Siiru a’la barakatillah,” ujar beliau.

Maryam berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) tengahari tadi.

Turut serta di dalam program ini ialah beberapa orang AJK Ameerah Masjid Tanah iaitu Syahirah Anwar, Raden Nurul Afaf, Kartini Zailan, Nur Sabila Muhammad Nawi dan Nur Atikah Baharin.