Home Berita PAS Selangor

Kibaran bendera putih : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 2 keluarga – JAMK Ampang

23
SHARE

No photo description available.

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Isu bendera putih tempoh hari yang telah dibuktikan antara taktik kotor atau helah yang digunakan untuk membuat kacau bilau dalam negara yang sudahpun berada dalam keadaan sangat teruk. Meskipun mereka menggunakan gerakan ini untuk kepentingan dan ketamakan mereka, ada juga segelintir insan yang sangat memerlukan bantuan dan terdesak, dengan itu mereka menggunakan peluang ini untuk mendapatkan bantuan.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang teruskan membantu mereka yang memerlukan bantuan meskipun tiada bendera putih yang dinaikkan. Namun jika ada, bantuan akan mereka sampaikan sesegera yang boleh. Bantuan yang berbentuk bekalan makanan asas dan lampin pakai buang serta susu bayi (buat keluarga yang menjaga anak kecil).

Sebanyak 3 bendera putih yang dinaikan di kawasan Ampang telah dimaklumkan oleh orang awam kepada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA). Walaubagaimanapun, satu daripada bendera tersebut telah diturunkan apabila telah ada individu tampil membantu sebelum kehadiran kami, Syukur Alhamdulillah.

Bendera Putih pertama telah dikesan berkibar di kawasan Bukit Antarabangsa. Setelah pemantuan dibuat oleh Ketua Unit Semboyan JAMKA Tuan Mirza mendapati sepasang suami isteri warga Palestine tinggal bersama 6 orang anak. Restoran tempat si suami berkerja telah ditutup beberapa bulan lalu mengakibatkan beliau hilang punca pendapatan. 1 kit bantuan makanan, 2 pek pampers dan 1 pek susu telah diserahkan.

Bendera Putih kedua telah dikesan berkibar di Kampung Ampang Indah. Timbalan Komandan Tuan Haji Mohamad Fadzil telah membuat pemantauan dan mendapati mereka sekeluarga memang berada dalam kesusahan sehingga tiada apa yang ada untuk dimakan. 1 kit bantuan makanan dan 3 bungkus nasi goreng telah diserahkan.

Sekali lagi, jutaan terima kasih JAMK Ampang ucapkan kepada para penyumbang kerana telah membolehkan mereka membantu keseluruhan 82 buah keluarga pada bulan Jun ini. Kepada yang ingin menyumbang bagi membantu mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian ke akaun berikut :-

No Akaun : 860 443 7662
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor