Home Berita PAS Perak

Info Perak: Kerajaan prihatin nasib pesawah padi diserang ulat batang

10
SHARE
Kerajaan komited memastikan isu serangan ulat batang yang dialami pesawah di Skim Pengairan Seberang Perak dan Skim Pengairan Sungai Manik untuk diatasi dengan baik.
Taklimat dan Lawatan tapak telah dipimpin oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak bagi meninjau keadaan semasa yang menimpa nasib pesawah.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ii, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, YB Razman Zakaria, Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB), Azman Mahmood, SADC, LPP, MARDI, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Felcra Berhad.
Komunikasi Strategik Perak – Stratcom