Home Berita PAS Selangor

Khidmat penghantaran PPE pakaian peralatan pelindung diri – Pengarah JAMN Selangor

18
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Klang | Alhamdulillah kami dapat memberi Khidmat buat Pejabat Kesihatan Daerah Klang hari ini dalam membantu mereka mengambil PPE Pakaian Peralatan Pelindung Diri ini daripada pejabat Angkatan Pertahanan Awam Daerah Klang dan Hospital Kuala Lumpur.

Sebanyak 6 kenderaan 4×4 dan 1 MPV dengan kekauatan 14 anggota Jabatan Amal Malaysia dan NGO Skuad Pantas Malaysia dibawah penyelarasan Khidmat Malaysia Negeri Selangor bergerak dibawah misi Sukarelawan VCEE19 Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA.

May be an image of 1 person, standing and roadKumpulan sukarelawan ini ditubuhkan bagi membantu pihak Kerjaan dalam membasmi wabak covid-19 yang melanda negara kita. Ketika ini tidak kira siapa, kita semua adalah barisan hadapan negara dalam peperangan bersama berhadapan musuh yang tidak nampak dengan mata kasar.

Terima kasih Dr Siti Asmah, NS Faridah dan krew yang menyambut kami dengan tangan terbuka menerima bantuan kami yang tidak seberapa ini. Berkhidmat untuk negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor