Home Berita PAS Perak

Info Perak | Hadir janji temu ikut jadual elak menunggu lama

32
SHARE
May be an image of 3 people and textHADIR JANJI TEMU IKUT JADUAL ELAK MENUNGGU LAMA
SERI ISKANDAR, 15 Julai — Penerima Vaksin diingatkan supaya hadir pada waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, YB Khairul Shahril Mohamed, kegagalan penerima vaksin patuhi masa akan menganggu perjalanan pemberian vaksin.May be an image of 4 people, people standing and text
“Sampai empat hingga lima jam untuk proses ini, antara sebab kerana kegagalan penerima vaksin dalam menepati masa yang telah ditetapkan di MySejahtera yang mengganggu proses penerimaan vaksin,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Seri Iskandar hari ini.
Terdahulu Khairul Shahril turut menyampaikan sumbangan dari segi peralatan termasuk 10 set mikrofon mudah alih, perkhidmatan Kereta ‘Buggy’ dan payung untuk melancarkan urusan petugas dan penerima vaksin.
May be an image of 1 person, standing and text
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) atas usaha program sukarelawan “MyVac” yang membantu proses vaksinasi.
“Kita mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan tersebut (Buggy) sepanjang masa bermula hari ini sehingga PPV ini tutup bagi membantu warga emas dan mereka yang memerlukan.May be an image of 5 people, people standing and text
“MyVac menjadi platform kepada anak muda menimba pengalaman menyampaikan khidmat kepada masyarakat di samping membantu mereka mencari sumber pendapatan,” katanya.
May be an image of 2 people, people standing and indoor
Rakyat Perak khususnya warga Perak Tengah diseru untuk menjadi agen kepada proses vaksinasi bagi meningkatkan peratusan pendaftaran dan pemberian vaksin.
Sumber :
Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]