Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Kapar terus mengembirakan ahli keluarga yang terkesan – PAS Kawasan Kapar

8
SHARE

PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Khidmat Malaysia Kapar terus menerus menyantuni ahli keluarga yang terkesan dalam tempoh PKPD dan kali ini di sekitar DUN Meru. Setelah pihak Khidmat Malaysia menerima laporan daripada pelbagai sumber, lalu ia dianalisis dan disusun pergerakan untuk jalankan misi bantuan.

Turut bersama Pengerusi Khidmat Malaysia Selangor juga YDP PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Penyelaras Khidmat Malaysia kawasan Kapar, saudara Kahar Muzakir Munawir, Tuan Haji Azmin Munzir serta anggota Jabatan Amal Kapar.

Menurut laporan, setiap keluarga yang telah disantuni menunjukkan rasa amat gembira dan terharu dengan keprihatinan Khimat Malaysia. Yang pastinya senyuman mereka, menenangkan dan memberi semangat kepada setiap diri petugas.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor