Home Rencana PAS Selangor

DHPP kehilangan pemimpin berkaliber – Ketua DHPP Negeri Selangor

27
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Perutusan Takziah PSSELANGOR ا_ها)ن-ع Dewan Negeri Himpunan Pendukung a.m dan rakan taulan atas pemergian mendiang CIK KUMUTHA A/P RAMAN (Ketua Wanita DHPP Pusat) daripada DEWAN HIMPUNAN PENDUKUNG PAS NEGERI SELANGOR 13 Julai 2021 03 Zulhijjah 1442H #PASSelangor LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BARU Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor #BersamaMembawaSejahtera #Demsam #SalamTakziah‎"‎‎

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

PERUTUSAN TAKZIAH
DEWAN HIMPUNAN PENDUKUNG PAS NEGERI SELANGOR

Oleh : DATO DEEPAKARAN KARUPPIAH
Ketua DHPP Negeri Selangor

Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor kehilangan seorang ahli dan pimpinan yang aktif dan komited dengan gerak kerja PAS. Seorang yang peramah dan membuat banyak kebajikan kepada masyarakat.

Beliau adalah mendiang Cik Kumutha a/p Raman yang merupakan Ketua Wanita DHPP Pusat, Ajk DHPP Johor & Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Malaysia. Berita yang sangat mendukacitakan seluruh ahli DHPP.

Beliau meninggal dunia sebagai seorang ahli DHPP dan juga beliau juga pernah bertanding sebanyak (3) kali PRU di DUN Johor Jaya, Johor.

Beliau meninggal dunia pada 13/07/2021 @ Selasa pada jam 12.00 tengahari di Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan akibat COVID 19.

“Salam Takziah buat ahli keluarga beliau, sahabat seperjuangan dan seluruh ahli-ahli DHPP Negeri Selangor”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor