Home Berita PAS Selangor

Bantuan bakul makanan buat kanak-kanak yang terputus bekalan makanan – PAS Kawasan Ampang

20
SHARE

May be an image of 2 people, people standing and car

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Hati mana yang tidak hiba, melihat kanak-kanak yang kelaparan akibat terputus bekalan makanan. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu mereka yang dalam kesusahan ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Menurut kenyataan PAS Kawasan Ampang, gembira tidak terkira kanak-kanak ini apabila menerima bantuan bakul makanan yang disediakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS Kawasan Ampang.

Jika anda atau sesiapa yang anda ketahui sedang menghadapi masalah terputus bekalan makanan, sila hubungi Pusat Khidmat PAS Ampang di talian 03-42934371 atau WhatsApp 019-2482998.

Jika anda ingin membantu Pusat Khidmat PAS Ampang, mereka amat memerlukan sumbangan berbentuk kewangan bagi penyediaan bakul makanan dan lain-lain barangan yang difikirkan perlu.

Bagi yang ingin menyumbang, salurkan sumbangan anda ke akaun berikut :-

Bank : Maybank
No. akaun : 562179537605
Akaun : PAS KAWASAN AMPANG

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor