Home Berita PAS Pulau Pinang

Khidmat Malaysia bersama rakyat Temerloh

148
SHARE

BUKIT MERTAJAM, 18 JANUARI – Rombongan dari Khidmat Malaysia (KM) kawasan Bukit Mertajam telah selamat sampai di Temerloh untuk penyerahan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang dilanda musibah banjir baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai saudara Yawawi Yahaya selaku Timbalan Ketua KM Bukit Mertajam disertai juga Timbalan Pengarah 2 Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang, saudara Anuar Rizal Md Saad dan ahli jawatankuasa PAS Bukit Mertajam serta wakil Dewan Pemuda Kawasan.

Sebanyak RM 8,000 telah dibawa kali ini ke sana hasil kutipan dari PAS cawangan dan juga dari masjid dan surau di kawasan Bukit Mertajam. Kutipan selama lebih kurang sebulan ini dapat mengumpul lebih RM20,000 dan sebahagian lagi diserahkan pada KM Negeri Pulau Pinang untuk diserahkan pada negeri-negeri yang terlibat seperti di Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurut Yawawi, KM Bukit Mertajam telah menyampaikan sumbangan kali ini di 11 buah rumah yang terlibat di Teluk Ira dan selebihnya diserahkan kepada wakil KM di Temerloh iaitu Tuan Haji Rosli untuk tujuan perbelanjaan harian dan untuk pembelian barangan keperluan lain seperti barangan elektrik dan keperluan memasak yang amat diperlukan oleh penduduk di sana.

“KM juga menghantar tenaga kerja yang terdiri dari ahli ahli Jabatan Amal dan ahli PAS cawangan di Bukit Mertajam untuk misi membersih dan mencuci rumah mangsa-mangsa di Selangor selama 2 minggu berturut-turut terutamanya di Taman Sri Muda dan juga Kampung Bukit Lanchong yang pada pendapat saya agak teruk dilanda musibah kali ini. Bayangkan barang di dalam rumah yang langsung tidak boleh digunakan dan kami terpaksa mengangkat keluar dan dilonggokkan di depan rumah masing-masig untuk dbuang ke tempat pembuangan sampah.” ujar beliau.

Saudara Anuar Rizal pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada para amilin yang terlibat membantu meringankan beban mangsa-mangsa musibah banjir dan juga kepada penyumbang-penyumbang terutamanya orang ramai yang ikhlas menyumbang untuk mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat.

Bagi yang ingin menghantar barang keperluan ataupun wang tunai ke Temerloh boleh menghubungi Tuan Haji Rosli (Penyelaras KM Temerloh) di 019-955 2752 ataupun boleh hubungi Bilik Operasi Banjir Temerloh di 09-297 1859.