Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan prihatin bantu mangsa kebakaran

78
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad
18 Januari 2022

PUTATAN – Nasib 11 keluarga dengan 43 orang mangsa di Kampung Suok, Batu Jalan Cybercity kehilangan rumah dalam kebakaran, 13 Januari 2022 semalam, terus mendapat perhatian Parti Islam Se-Malaysia PAS Kawasan Putatan.

Sumbangan berbentuk keperluan asas, kelengkapan bayi dan wang tunai disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff yang turun singgah dalam lawatan kerja beliau ke Negeri Sabah.

Beliau sempat menitipkan ucapan kepada mangsa kebakaran untuk bersabar atas ujian musibah yang menimpah.

“Dalam suasana yang sangat mencabar, kita merasai bagaimana perasaan yang dihadapi oleh mereka, bayangkan sekiranya kita juga kehilangan rumah seperti mereka.” Ujarnya.

Beliau menggalakkan agar masyarakat turut bersama-sama memberi sokongan dan dorongan kepada mangsa kebakaran yang ditimpah musibah ini.

“Marilah kita saling membantu sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang sentiasa mengamalkan sifat kasih sayang dan keprihatinan sesame kita,” tambahnya lagi.

Ziarah ini turut diiringi oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Hj Muhammad Akmal Othman dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Putatan, Zulzaim Hilmee Abidin.

Seramai 43 orang mangsa kebakaran ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bencana kebakaran di Dewan Kibouvang, Kepayan.