Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Khidmat Cemerlang Dr Halimah Ali Menyerlah di DUN N44 Selat Klang

1075
SHARE

Khidmat Cemerlang Dr Halimah Ali Menyerlah di DUN N44 Selat Klang

Oleh : Ara_Rabiatul

Bagi warga Selat Klang, nama Dr Halimah Ali adalah tidak lagi asing sejak beliau memulakan khidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bermula pada tahun 2008 sehingga 2018.

Keterlibatan Dr Halimah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor turut diperakui dan mendapat perhatian ramai apabila beliau memegang jawatan sebagai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan pada tahun 2008 sehingga 2014.

Antara kejayaan beliau semasa memegang portfolio tersebut adalah memperkenalkan konsep akronim S.P.I.E.S yang meliputi 5 aspek penting dalam pembentukan modal insan sempurna iaitu S – spiritual, P – physical, I – intellectual, E – emotion and S – social.

Program pembangunan modal insan Selangor ini dijayakan oleh Dr Halimah sebagai exco serta dibantu oleh Sekretariat Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Sekretariat SPIES.

Di samping itu, beliau juga telah menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai seorang isteri, ibu, doktor muslimah dan aktivis masyarakat yang saban hari sibuk dengan pelbagai program dan pengisian. Jika kita soroti keluarga doktor yang mesra rakyat ini, beliau adalah isteri kepada Dr Ahmad Supian dan mereka telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Dr Muhammad Imran (37 tahun), Dr Siti Khadejah (35 tahun), Dr Zaid Abdullah (33 tahun), Dr Hafiz Abdur Rahman (30 tahun), Dr Zubir Abdur Rahim (27 tahun) dan Dr Syahidah Rozinah Liyana (25 tahun).

Selain dari memiliki Ijazah Sains Perubatan dan Pembedahan dari Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania, beliau juga adalah pelajar terbaik bagi Diploma Tasawwur Islam ILHAM.Kelebihan ini ternyata satu nilai tambah kepada golongan professional seperti beliau.

Sebelum menjadi individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor, Dr Halimah Ali pernah berkhidmat di hospital – hospital kerajaan sebelum membuka klinik sendiri di Klang yang kini mempunyai dua cawangan.

Penduduk di Selat Klang amat menyenangi beliau kerana wataknya yang ramah, mesra rakyat dan rajin bertemu mata dengan mereka.

Kelebihan Dr. Halimah ini turut diperakui golongan pelbagai bangsa di kawasannya kerana kebolehan beliau berbahasa Mandarin dan Tamil. Ini adalah contoh yang perlu diikuti oleh mereka yang ingin menjadi pemimpin pelbagai bangsa seperti masyarakat Malaysia.

Kelebihan ini menyebabkan beliau dilantik sebagai Ketua Editor Buletin Mandarin Ren Min Shi Shi dan Editor risalah Tamil Makkal Sakhthi.

Sebagai seorang doktor yang prihatin dengan masalah ummat sejagat, Dr Halimah Ali juga pernah menjadi sukarelawan bagi misi – misi kemanusiaan anjuran Yayasan Amal Malaysia iaitu sebuah NGO yang dianggotainya.

Dr Halimah juga bergiat aktif dalam wadah politik melalui PAS di mana beliau telah diberi amanah sebagai Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat, Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Darul Ehsan dan AJK PAS Kawasan Kapar.

Semasa sesi temuramah ini, Dr Halimah yang bakal mempertahankan kerusi DUN N44 Selat Klang menyeru seluruh rakyat khususnya golongan muda untuk menggunakan hak sebagai pengundi yang sah bagi menentukan masa depan negara bersama PAS yang bergerak di atas prinsip, inklusif dan berwawasan jauh.

Beliau menambah lagi, “PAS bukan sahaja memikirkan kebajikan di dunia tapi hingga akhirat, Insha-Allah.”

Dr. Halimah mengakhiri pesanan beliau dengan merayu agar rakyat memilih PAS pada PRU14 dalam membawa misi Selat Klang, Selangor dan Malaysia amnya menuju kesejahteraan.

“STAND BY ME, I WILL STAND UP FOR YOU”

#UndiPAS
#SelatKlangSejahtera
#SelangorSejahtera
#MalaysiaSejahtera
#KerajaanTeknokrat
#DoktorPAS
#PRU14
#KhidmatUntukRakyat