Home Artikel PAS Wilayah

Terus Dekati Masyarakat, Bukti PAS Komited

398
SHARE

BATU , 7 Mei – Ambang PRU14 semakin hangat. Berbaki 2 hari lagi, PAS Batu terus menunjukkan kesungguhan untuk menambat hati rakyat.

Kali ini, bertempat di Taman Rainbow dan Taman Pelangi, para petugas yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Puan Salbiah binti Abdul Wahab telah melakukan kempen dari rumah ke rumah.

Kira-kira 200 buah rumah menerima risalah dan penerangan ringkas dari para petugas.

Pelbagai respon telah diperoleh dari penduduk setempat antaranya mereka sangat positif dan menerima baik penyertaan PAS untuk memenangi Parlimen Batu dalam PRU kali ini.

Walaupun ada di kalangan pengundi yang masih menyangka bahawa PKR akan bertanding di Batu, namun ianya telah dijelaskan oleh para petugas. Para petugas juga mengajak para pengundi untuk bersama – sama PAS demi menolak kezaliman dan membina kesejahteraan.