Home Berita PAS Kedah

Khatib cilik wakil Kedah ke Pertandingan Khutbah Jumaat PASTI peringkat kebangsaan.

406
SHARE

Oleh YUSUF ABU BAKAR

PANTAI MERDEKA, 28 Okt – Umurnya baru enam tahun namun sudah mampu jadi khatib khutbah Jumaat.

Adik, Mohd Najumuddin Mohd Nasbir dari PASTI Al Hidayah Tamam Seri Pinang, Pinang Tunggal terpilih mewakili Kedah ke Pertandingan Alam PASTI peringkat kebangsaan bagi kategori khutbah Jumaat.

Menurut bapa Mohd Najmuddin, Mohd Nasbir Mohd Yusuf, 39, anaknya terpilih mewakili Kedah selepas pertandingan peringkat kawasan dan negeri berlangsung sebelum ini.

” Saya membuat rakaman video di atas mimbar masjid bagi membolehkan Mohd Najmuddin menjadi khatib Jumaat sebenarnya, ” katanya ketika membuat rakaman video di Masjid Tuan Husein Pantai Merdeka.

Mohd Nasbir berkata anaknya petah bercakap jadi agak mudah ia menghafal teks khutbah yang diberikan.

Beliau yang datang bersama isterinya, Mariam Jamilah Moh Yusuf berkata Pertandingan Alam PASTi membabitkan kategori Bercerita, Hafazan Al Quran, Tilawah selain khutbah Jumaat semua penghakimannya dibuat melalui rakaman video.