Home Berita PAS Selangor

Khabar petugas Amal di PPV Mega, Bangi Avenue Convention Centre – Pengurus Operasi KMNS

97
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tn. Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Bangi | Mewakili Khidmat Malaysia saya hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Bangi Avenue Convention Centre bertanya khabar dengan pertugas-pertugas di sana.

Alhamdulillah, PPV Mega ini baharu sahaja dibuka minggu ini dan kehadiran penerima vaksin di sini sangat tinggi bagi penduduk sekitar, pekan Bangi, Putra Mahkota sehingga ke Beranang Semenyih.

Saya dimaklumkan PPV ini boleh menampung kapasiti kehadiran sehingga 5 ribu penerima vaksin sehari, Insya Allah pada bulan ni 150 ribu dijangka akan menerima vaksin bagi penduduk di kawasan paling selatan selangor ini.

Tak ramai mengenali tempat ini dan ia sangat selesa sebagai tempat penerima vaksin dan yang menjadi saya lebih teruja tempat ini diberi pakai secara percuma oleh pihak Pemaju Bangi Avenue kepada Kerajaan Negeri.

Saya sempat bersama petugas Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang bertugas di sana sebagai pertugas Khidmat Ambulance standby dan tengahari tadi saya dimaklumkan mereka baharu sahaja menghantar pesakit yang divaksin ke Hospital Serdang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor