Home Berita PAS Selangor

PAS Klang santuni pelbagai kaum di Bayu Villa, Pelabuhan Klang – PAS Kawasan Klang

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Seawal hari minggu ini, PAS Kawasan Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal meneruskan kerja-kerja kebajikan dalam memberi sumbangan. Kali ini penumpuan penyerahan barang sumbangan ditumpukan kepada penduduk-penduduk di Apartmen Bayu Villa, Pelabuhan Klang

Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Nayan yang juga Penyelaras Khidmat Malaysia (Klang) mengambil peluang untuk memberi taklimat ringkas dengan penerangan situasi semasa yang berlaku terutamanya di Selangor dan khususnya di kawasan Klang. Ustaz Khalid memohon kepada semua agar cakna kepada jiran sebelah menyebelah, tolong ambil tahu antara satu sama lain dan kita tidak mahu rakyat mati kelaparan.

Seramai 64 orang telah dibantu dengan pemberian bekalan keperluan harian seperti beras, telur, tepung, susu, sardin ada beberapa jenis barang lain. Program kebajikan di Apartmen Bayu Villa ni selesai sekitar 1.00 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor