Home Artikel PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Berakhlaklah Dengan Akhlak Islam Ketika Berbahas Di Parlimen

1053
SHARE

Tengah hari tadi, berkesempatan singgah membeli kuih ditepi jalan yang dijual oleh dua orang anak muda di Prima Sri Gombak. Lingkungan umur 28 atau 29 tahun. Ketika sedang membeli, rupanya mereka sedang asyik mendengar “live” Sidang Parlimen melalui telefon bimbit mereka.

Menegur mereka tentang pandangan situasi yang berlaku dalam Parlimen. Dengan spontan mereka menjawab sewaktu berkuasa, tidak dilaksana segala amanah yang diberikan. Alih-alih menjerit seperti orang yang tidak siuman dan tidak berakhlak. Anak muda yang kebiasaannya punyai ruang untuk lebih teruk bersosial dan bualan mereka lebih dahsyat pun, merasa tidak selesa dengan gelagat “MP-MP” itu dalam Parlimen.

Pastinya bukan hendak memuji tanpa asas. Hakikatnya “man of the match” dalam Parlimen kini yang disebut-sebut sebagai “The Real MP” adalah ahli parlimen dari PAS iaitu YB Dato Takiyudin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang). Saat Dewan Rakyat riuh dengan jeritan bermacam kalimah kesat yang dilontar, beliau dengan penuh tertib, berhikmah dan berakhlak dalam berhujah mempertahankan keputusan kerajaan.

Tahniah Dato Taki !!

Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Selangor

23 Zulkaedah 1441H | 14 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan