Home Berita PAS Perlis

Aktiviti Parti Di Tiga DUN Dibenar Semula

548
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis hari ini membenarkan semula pelaksanaan program-program parti di tiga buah DUN yang sebelum ini dibekukan akibat penularan wabak Covid-19 di Sanglang.

Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd. Shukri Ramli dalam satu kenyataan berkata, penarikan semua larangan pelaksanaan akiviti serta penggunaan premis-premis PAS di DUN Sanglang, Guar Sanji dan Simpang Empat berkuatkuasa hari ini.

“Memandangkan tiada pertambahan kes Covid-19 di negeri ini, larangan yang dikeluarkan sebelum ini ditarik balik dan semua aktiviti parti mesti dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Berikutan itu juga, kita juga turut membenarkan PASTI-PASTI yang diarah tutup untuk beroperasi semula.

“Sungguhpun demikian, semua pihak digesa agar sentiasa berwaspada memandangkan kita masih belum bebas sepenuhnya daripada cengkaman wabak ini,” katanya ketika dihubungi di sini pagi tadi.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli PAS di DUN-DUN berkenaan yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang larangan tersebut berkuatkuasa.