Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor – Entiti PAS Gombak Guna Pendekatan Dakwah Laksana Ibadah Korban

183
SHARE

Gombak, Selangor | 2 Ogos 2020

Pemuda PAS Gombak dengan kerjasama JPrD Sungai Tua dan NGO Syabab Care hari ini telah melaksanakan penyembelihan korban sebanyak 4 ekor lembu mengikut kebiasaan baharu. Perlaksanaan ini hasil penyertaan orang ramai bagi menjayakan majlis korban yang diadakan setiap tahun. Penyembelihan telah dilakukan di kandang lembu Banting, Kuala Langat seawal jam 2pagi seterusnya daging lembu dibawa ke Markaz PAS Cawangan Tanah Gantian, Sungai Tua untuk dilapah Dan diagihkan.

Antara pimpinan yang turut hadir menceriakan majlis pada kali ini adalah Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, Timbalan Yang dipertua PAS Kawasan Gombak serta pimpinan Pemuda PAS Gombak.

Slot korban pada kali ini melalui kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Gombak dan NGO Syabab Care telah mengambil pendekatan dakwah bertemu orang-orang bukan Islam dari kaum tionghua dengan memberikan sedikit daging korban di Pasar Moden Sri Gombak. Moga dapat menunjukkan sikap orang Islam yang prihatin dengan masyarakat bukan Islam.

Kerjasama utuh para petugas yang hadir membantu menyempurnakan lapahan daging serta melaksanakan agihan daging korban kepada golongan asnaf miskin dan penduduk disekitar Tanah Gantian, Sungai Tua, Kg. Nakhoda dan kawasan sekitar. Is juga sebahagian usaha dakwah untuk orang Islam dan orang bukan Islam mengambil ibrah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan