Home Artikel PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sepang Turun Bantu Bersih Kawasan Penduduk Yang Di Timpa Musibah Banjir

169
SHARE

Sepang, Selangor | 2 Ogos 2020

Tahniah sahabat2 Amal Kawasan Sepang yang turun membantu rakyat di kawasan penduduk yang sama ditimpa musibah banjir 2 kali dalam masa tidak sampai sebulan. Kali ini ujian berlaku ketika umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Adha.

Kejadian Banjir tanpa hujan juga berlaku di kawasan rendah sekitar Sepang kerana kedudukan geografi dan muka bumi Sepang berada di kawasan Kuala. Hujan lebat di Hulu telah membawa air banyak ke Kuala sungai sehingga melimpah ke kawasan penempatan rendah.

Satu pasukan kajian khas perlu dibentuk oleh kerajaan negeri Selangor bagi melaksanakan kajian terperinci dan perlaksanaannya agar kejadian banjir termenung di beberapa kawasan Sepang termasuk di Kuala Selangor dapat diatasi segera.

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan

#Bangkit

#DemiIslam

#BeramalKeranaAllah

#JabatanAmalMalaysiaNegeriSelangor