Home Kenyataan Media PAS Selangor

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Selangor – DHPP Selangor Lebarkan Wadah Perjuangan : 55 Borang Ahli Baru Diserahkan

209
SHARE

Kuala Selangor | 2 Ogos 2020

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Selangor terus bergerak melebarkan wadah perjuangan segenap sudut di Negeri Selangor.

Hari ini, DHPP Selangor hadir ke kawasan Kuala Selangor bagi menerima borang keahlian baru. Seramai 55 orang dikalangan kaum India dari masyarakat tempatan Kuala Selangor menyertai DHPP. Serahan borang keahlian disampaikan oleh wakil ahli kepada Ketua DHPP Selangor iaitu Dato Deepakaran.

Majlis penyerahan borang ahli DHPP itu diadakan di Kompleks PAS Kuala Selangor dan disaksikan oleh YDP PAS Kawasan Kuala Selangor iaitu Cikgu Haji Rashid Muhd Kassim, TYDP dan Ketua DHPP Kuala Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan