Home Artikel PAS Perlis

Pemuda PAS Perlis Bakal Anjur Himpunan Jentera Pilihanraya

223
SHARE

Oleh: Haziq Dun

ARAU: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) akan menganjurkan Himpunan Jentera Pilihanraya pada 16 September 2020 bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan, dekat sini.

Program yang menghimpunkan para petugas pilihan raya pemuda dari seluruh negeri Perlis itu diadakan sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Ketua Penerangan DPPNPs Haziq Asyraf Dun, pihaknya ingin memastikan seluruh jentera pilihan raya khususnya di peringkat DUN memiliki kefahaman serta persediaan yang mencukupi untuk bergerak kerja secara aktif.

“Selain itu, DPPNPs juga ingin melihat komitmen dan hala tuju jentera DUN ke arah menghadapi PRU15 terutamanya dalam aspek penyelarasan gerak kerja yang lebih tersusun.

“Untuk itu, kami menyasarkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil pemuda daripada setiap DUN menyertai himpunan yang akan diadakan nanti.

“Membuka tirai acara nanti ialah solat maghrib secara berjemaah manakala kemuncak program pada malam itu ialah slot ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin.

Turut diadakan pada himpunan tersebut ialah Gimik Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Perlis oleh Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin, acara cabutan bertuah dan jamuan BBQ.