Home Artikel PAS Wilayah

Hari Malaysia 2020 : Bersama Mengukuh Perpaduan

111
SHARE

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, 16 September ini menandakan 57 tahun Persekutuan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1963.

Malaysia dibentuk dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Walaupun Singapura keluar dari Malaysia beberapa tahun kemudian, Malaysia terus utuh berdiri walau sehingga kini masih ada cubaan untuk menggugat status Sabah dalam negara kita ini.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) menyeru rakyat Malaysia agar terus bersama kerajaan dalam usaha mengekalkan dan mengukuhkan perpaduan yang sedia kita kecapi sejak dahulu.

BPPWP juga komited bersama usaha-usaha yang dipelopori PAS sejak dahulu sehingga kini dalam memupuk dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

Akhirnya, BPPWP serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khusus di Wilayah Persekutuan. Semoga Malaysia terus aman sejahtera.

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Mengukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
16 September 2020 l 28 Muharram 1442H

#IslamMemperkukuhPerpaduan#MalaysiaPrihatin #WilayahPrihatin#HariMalaysia