Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ketua Muslimat Lancar Kutipan Dana Kompleks Pendidikan Saidatina Aisyah

211
SHARE

Ketua Muslimat Lancar Kutipan Dana Kompleks Pendidikan Saidatina Aisyah

KUALA LUMPUR – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ini mengumumkan Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks Pendidikan Saidatina Aisyah yang melibatkan kos tidak kurang daripada RM1 juta ringgit.

Pelancaran kutipan dana yang diumumkan oleh Ketua DMPM, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dibuat ketika beliau menyampaikan ucaptamanya dalam muktamar tersebut.

Para petugas seterusnya bangun mengedarkan beg  khas untuk kutipan derma kepada para hadirin terdiri daripada para pimipinan, muktamirat dan pemerhati yang hadir malam tadi.

Inisiatif pelancaran dana Kompleks Pendidikan Saidatina Aisyah ini adalah salah satu usaha DMPM untuk memberi lonjakan kepada pembangunan modal insan.

Katanya, DMPM percaya usaha ini sangat penting untuk memberikan pendidikan berterusan kepada golongan wanita bagi meneruskan hala tuju pendidikan kendalian Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA)

Justeru, Ustazah Nuridah berharap agar usaha pembangunan ini mendapat sambutan yang baik sebagai tanda DMPM mengambil langkah serius dengan gagasan pendidikan ini.

“DMPM menyedari usaha ini memerlukan tenaga dan kos yang sangat besar serta fasa demi fasa yang berperingkat-peringkat,” ujarnya lagi.