Home Berita PAS Kedah

Ketua keluarga lumpuh derita sakit saraf

175
SHARE

PADANG SERAI, 23 Februari – PAS kawasan Padang Serai menziarahi seorang penduduk yang menderita lumpuh selepas diserang penyakit saraf di kediamannya, Kampung Batu 8, Isnin lalu.

Mohd Tarmizi, 48 tahun menderita sakit lumpuh dan tidak mampu bergerak dengan sendirinya.

Beliau yang juga bapa kepada lima orang anak itu sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori.

Memahami penderitaan beliau, PAS Padang Serai mengambil kesempatan menyumbangkan kerusi roda dan barangan keperluan makanan bagi membantu meringankan bebanan yang beliau lalui.

Dalam ziarah yang berasingan, PAS Padang Serai turut menyalurkan bantuan kerusi roda kepada seorang remaja yang tidak boleh berjalan selepas ditimpa kemalangan baru-baru ini.