Home Berita PAS Wilayah

Ketepikan Perbezaan Dahulukan Perpaduan

681
SHARE

Alhamdulillah dalam menyambut bulan kemerdekaan pada Ogos tahun ini, Allah SWT mengurniakan satu lagi nikmat kepada umat Islam di Malaysia, khususnya iaitu kehadiran Tahun Baru 1442 Hijrah. Hayat hidup yang dipanjangkan sehingga bertemu tahun baru ini wajar dimanfaatkan oleh setiap insan untuk terus menambahkan amal ibadah, memperbaiki dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta SWT.

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-Asr: 1 – 3)

Umat Islam bertanggungjawab untuk menzahirkan keindahan agama ini dengan saling hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan serta bersifat belas kasihan dalam kehidupan bermasyarakat madani seperti Malaysia.

Demi mengambil semangat hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam mengembangkan agama Allah yang mulia, ayuh kita ketepikan perbezaan dan dahulukan perpaduan demi kesejahteraan kita bersama. Semoga Allah memelihara Malaysia sejahtera!

#IslamMemimpinWanitaSejahtera

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN