Home Artikel PAS Sabah

PAS Putatan sambut baik penyertaan Bersatu dalam MN

336
SHARE

Oleh : Asrul Samat
19 Ogos 2020

PUTATAN : PAS Putatan berpandangan positif dengan penyertaan BERSATU sebagai parti komponen dalam Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan UMNO.

Ia selaras dengan kenyataan rasmi dari PAS Pusat dalam konteks memperkukuhkan asas penyatuan ummah dan kestabilan politik antara parti komponen MN khususnya di Parlimen Putatan.

Demikian dinyatakan oleh Yang di-Pertua PAS Putatan, Ustaz Muhammad Akmal Othman ahad lalu selepas menghadiri program Ziarah Kebajikan PAS Putatan dekat sini.

Tambahnya, hal ini merupakan perkembangan yang sangat baik dan tepat pada masanya.

“PAS Putatan akan komited dan bertekad kearah mencapai kejayaan MN dalam menghadapi PRN Sabah yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya

Jelas beliau lagi, berkenaan penyertaan PAS Putatan dalam PRN Sabah pula, ia akan diputuskan oleh pimpinan di peringkat pusat.

“Di pihak kami sudah bersedia (untuk bertanding) dan hanya menunggu arahan dan keputusan dari pusat,” katanya.