Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Ketepi agenda peribadi, teruskan perkukuh MN-PN

87
SHARE

KETEPI AGENDA PERIBADI, TERUS PERKUKUH MN-PN

1. Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) menyambut baik gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Harun Esa berkait pengukuhan penyatuan parti politik melayu di Malaysia tanpa meminggirkan bukan Melayu dan bukan Islam.

2. Penyatuan parti teras Melayu antara PAS, UMNO dan Bersatu perlu diperkukuh kembali bagi memastikan rakyat tidak lagi dibebani pelbagai drama ‘politiking’ melampau.

3. Penyatuan ummah bukan hanya impian Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi ia merupakan hasrat keseluruhan rakyat Malaysia yang sudah serik untuk berada di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak mampu untuk memelihara keharmonian bangsa dan agama di negara kita yang tercinta ini.

4. Seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi apabila negara berada dalam keadaan porak peranda ketika Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan dan segelintir pemimpin politik sibuk mencatur kuasa demi kepentingan peribadi.

5. Bagi memastikan usaha penyatuan ummah ini berjaya, semua pihak harus mengetepikan sebarang agenda peribadi dan sikap rakus terhadap kuasa sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni antara satu sama lain.

6. Sikap sombong, meninggi diri, merendahkan pihak lain dan tidak ikhlas bekerjasama antara beberapa sikap yang wajib dijauhkan agar penyatuan ummah ini benar-benar berjaya.

7. Menyentuh tentang #UNDI18, DPPKM percaya anak muda mampu memilih pemimpin yang berkualiti selaras dengan kehendak Islam pada Pilihanraya Umum akan datang sekiranya setiap daripada mereka mendapat pendidikan politik yang betul mengikut syariat Islam.

8. Justeru, DPKKM akan menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan anak-anak muda Melayu Islam yang layak mengundi buat kali pertama memahami kepentingan kuasa politik untuk dikuasai oleh masyarakat dominan bagi mewujudkan ‘Negara Sejahtera’.

ISLAM MENYATUKAN UMMAH

Ustaz Yusuf Abdul Hadi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang