Home Berita PAS Perlis

Kad KIP bantu penduduk kurang berkemampuan

169
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 17 Dis: Program Kad Kasih Ibu Perlis (KIP) yang diperkenalkan merupakan suatu lagi inisiatif pihak kerajaan serta agensi yang terlibat dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim, menerusi program tersebut, para pemegang kad berkenaan boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan harian di kedai-kedai terpilih di negeri ini.

“Bukan setakat itu sahaja, mereka juga boleh mendapatkan rawatan di klinik-klinik yang telah disenaraikan oleh pihak NCER (Wilayah Ekonomi Koridor Utara).

“Alhamdulillah, pada hari ini, seramai 69 orang penerima baharu bagi DUN Guar Sanji telah menerima kad KIP berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Serahan Kad Kasih Ibu Perlis (KIP) di Dewan UNIMAP Kubang Gajah, di sini baru-baru ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengurus Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Fauzan Ismail.

Ujarnya lagi, para penerima terdiri daripada golongan ibu tunggal, penduduk miskin dan miskin tegar.

“Pelaksanaan pelbagai program untuk rakyat yang memerlukan seperti ini membuktikan bahawa kerajaan pada hari ini amat serius dalam menjaga kebajikan Keluarga Malaysia,” katanya.