Home Berita PAS Terengganu

Keselesaan rumah sangat penting

102
SHARE

KUALA TERENGGANU – Keselesaan rumah sangat penting dalam kehidupan, sebagai tempat perlindungan kepada keluarga, terutama untuk anak-anak membesar.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut, Cikgu Shalahhudin Jaafar berkata, Islam amat menitikberatkan soal menjaga kebersihan, fizikal persekitaran dan rohani.

“macam mana sibuk sekali pun kita menunaikan tanggungjawab bekerja dan mencari rezeki,

“jangan kita abaikan keadaan rumah kita, jaga kebersihan dan keceiaan rumah tangga.” tegasnya.

Beliau yang juga Penyelia Urusetia Penerangan Darul Iman berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas Pertandingan Rumah Bersih, yang dianjurkan oleh Jawatakuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Belaoh Keruak.

Sehubungan itu, Pengerusi JPKK kampung tersebut Mohd Rawi Deraman memberitahu, tujuan mengadakan program tersebut adalah untuk menggalakkan penduduk sentiasa menjaga kesejahteraan kehidupan berkeluarga.

“ia melibatkan 145 buah keluarga, selain itu aspek kejiranan juga diambil kira dalam pertandingan tersebut.

“Sebanyak 10 buah rumah dipilih untuk menerimah hadiah pertandingan yang dimenangi oleh Abdul Rahman Hasyim,” jelasnya.

Menurutnya, pemenang tempat pertama dan kedua menerima hadiah wang tunai RM300 dan ‘hamper’ .

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Terbuka Kampung tersebut yang dihadiri lebih 120 orang penduduk.