PENDANG, 2 Jun 2021: Kesedaran rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sudah menampakkan peningkatan yang sangat baik berdasarkan pendaftaran mutakhir ini.
Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Dr Mohd Hayati Othman memberi reaksi itu semasa ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) COVID-19 di Dewan Cenderawasih, di sini.
Pegawai Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang, Dr Mohd Lutfi Azuddin berkata seramai 3,069 sudah lengkap dua dos suntikan dan seramai 3,904 menerima dos pertama.
Manakala, pertambahan baharu pula adalah seramai 860 penerima vaksin lagi mendapatkan suntikan di PPV tersebut yang dikendalikan 57 petugas kesihatan hari ini.
Mohd Hayati juga dimaklumkan antara masalah yang dihadapi adalah tidak dapat menghubungi penerima vaksin dan ada sudah dimaklumkan tetapi tidak menghadirkan diri.
Dalam pada itu terhadap juga beliau diberitahu terdapat bakal penerima yang dihubungi tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.
“Kesedaran mendaftar haruslah diteruskan dan maklumat atau kempen tentang pentingnya suntikan vaksin ini mestilah dipergiatkan di semua peringkat.
“Antaranya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pegawai Masjid/Surau dan Ketua Komuniti Masyarakat bagi mencapai sasaran kerajaan dalam usaha mengekang dan memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.
Dr Lutpi juga memaklumkan berapa masalah antaranya rangkaian internet tidak memuaskan dan beberapa peralatan masih perlu ditambah baik bagi memastikan kelancaran vaksinasi.
Sepanjang proses vaksinasi berlangsung tiada aduan kes berkaitan kesan suntikan vaksin kecuali hanya alahan kecil yang mampu dikawal.