Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kesatuan Ummah Menangkis Serangan Pemikiran

101 views
SHARE

Kesatuan Ummah Menangkis Serangan Pemikiran

Sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah SWT serta dengar dan patuh (pada pemimpin) walaupun dia seorang hamba keturunan Habsyi. Sesungguhnya barangsiapa yang hidup selepasku, dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham kamu. Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama, sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.”

Umat Islam hari ni diserang dengan pelbagai cabaran dan serangan pemikiran yang boleh menggugat aqidah dan pegangan mereka. Musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti untuk menjauhkan umat Islam dari amalan Islam yang sebenar.

Selepas kekalahan mereka dalam Perang Salib, pendatang Barat telah belajar faktor kemenangan umat Islam lalu mereka mengatur strategi jangka panjang yang sedang berjalan hingga ke hari ini.

Serangan musuh bukan lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk serangan pemikiran dan ia bertambah parah dan runcing dalam era globalisasi. Pada hari ini, maklumat dan informasi berada di hujung jari maka tidak hairanlah jika idea-idea yang salah itu mudah sampai kepada umat Islam secara tanpa sempadan dan tapisan lagi.

Umat Islam seharusnya menangkis serangan ini dengan penguasaan Ilmu yang benar, pegangan aqidah yang jelas dan kekuatan amalan ruhiyyah yang jitu. Ketiga-tiga unsur ini penting sebagai tembok penghalang daripada kita terjerumus ke lembah penghinaan sebagaimana yang dirancang oleh musuh kita.

Kita semua termasuk Muslimat PAS mestilah sehabis daya mengekang kemaraan serangan ini. Serangan mereka sangat halus dan licik dengan tipu daya yang boleh mengelabui mata. Umat Islam mestilah bersatu hati dan berpadu tenaga untuk untuk melakukan jihad yang tulus menentang kemungkaran ini. Keadilan Islam mesti ditegakkan, kezaliman mesti dirobohkan.

Kekuatan umat Islam boleh dicapai apabila semua pihak berada dalam satu saff sebagaimana yang ditegaskan dalam surah As-Saff ayat 4 bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama Allah dalam saff yang tersusun rapi, seolah-olah mereka berada dalam sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

‘Islam Memimpin Perpaduan’
‘Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’

Dr Najihatussalehah Ahmad
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Zulhijjah 1440 bersamaan 2 Ogos 2019