Home Artikel PAS Pusat

Kenduri Rakyat 2019 Khusus untuk Jiran Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut

97 views
SHARE

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Pusat dengan kerjasama LKKP Wilayah Persekutuan akan mengadakan KENDURI RAKYAT bersempena Hari Raya Korban sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.

Majlis akan diadakan pada hari Sabtu 17 Ogos 2019 di perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

KENDURI RAKYAT bertujuan meraikan dan membantu golongan susah dan gelandangan sekitar Pejabat Agung PAS untuk bersama-sama menikmati hidangan berasaskan daging dan ayam (bagi bangsa India).

Kami juga sangat mengalu-alukan sebarang bentuk tajaan dan sumbangan daripada orang ramai yang ingin berkongsi rezeki bersama warga kota.

Sumbangan dan tajaan boleh disalurkan ke;
Akaun ‘Dana Kami Prihatin’, Bank Islam 12113010026150

Sebarang pertanyaan dan maklumat, boleh terus hubungi Pengarah Program, Cikgu Yusoop di talian 011-13373066.