Home Berita PAS Kedah

Kerja turap jalan giat di kawasan Tanjung Dawai

300
SHARE

MERBOK – Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai giat menjalankan kerja menurap jalan di kawasan itu.

ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali berkata semua pihak terutamanya Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR), Penghulu Mukim dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) bekerjasama bagi memastikan pengguna dapat menikmati jalan baharu.

“Sejak 3 tahun yang lalu, banyak mini tar baharu telah dibuat manakala yang lama pula diturap semula di dalam DUN Tanjung Dawai,” katanya ketika meninjau kerja-kerja menurap semula mini tar yang menghubungkan antara Kampung Bendang Dalam dengan Kampung Tempoyak, hari ini.