Home Berita PAS Kedah

Kerja turap jalan di Kampung Lawer siap

198
SHARE

Oleh SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI, 10 Oktober – Kerja-kerja penurapan jalan di Kampung Lawer telah siap dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Menurut Pengerusi JPKK Padang Kandang, Aziz Bakar, permohonan turap jalan ini dihantar secara berkala di Pejabat Daerah sejak tahun lalu.

JPKK Padang Kandang yang merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Dun Ayer Hangat berkata semua pihak terutamanya Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Penghulu Mukim dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) bekerjasama bagi memastikan pengguna dapat menikmati jalan baharu.

“tadi paksu tengok kerja-kerja menurap semula mini tar dan kerja-kerja sebagaimana yang dipohon telah siap dilaksanakan oleh kontraktor bagi memberi keselesaan kepada pengguna. Alhamdulillah,” ujar Aziz Bakar kepada pihak media.