Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Kerajaan Teknokrat Jadi Tumpuan PAS

479 views
SHARE

Kerajaan Teknokrat Jadi Tumpuan PAS

Oleh : Mujahid

Ramai kalangan professional menyertai PAS; sekaligus mampu menggunakan kepakaran masing-masing bagi menjayakan plan Kerajaan Teknokrat PAS.

Presiden PAS, Abdul Hadi apabila ditanya bagaimana corak pentadbiran yang bakal dibawa beliau sekiranya memerintah negara berkata Kerajaan Teknokrat yang dibawa adalah jalan terbaik.

“Dalam kalangan kita hari ini Alhamdulillah banyak ilmuan-ilmuan pelbagai bidang ilmu dan kita kembangkan dengan memperkenalkan kerajaan teknokrat.

“Kerajaan yang memilih orang-orang pakar dalam kabinet.

“Orang yang ada ilmu menjadi ahli cabinet,” katanya.

Beliau turut menyatakan senator yang dilantik mestilah orang yang ada kelebihan dengan membacakan sebuah hadis: “Orang pilihan semasa jahiliyah, orang pilihan juga di dalam Islam sekiranya mereka memahami Islam.

” Ini cara yang diajar Nabi Muhammad SAW.