Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Perang Dunia; Ayuh Berkempen Untuk Keamanan Dunia

316 views
SHARE

Perang Dunia; Ayuh Berkempen Untuk Keamanan Dunia

oleh: Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Di saat rakyat Malaysia berperang idea dan tawaran bagi kempen pilihanraya umum ke 14, dunia pula diambang peperangan besar melibatkan kuasa besar dunia dengan negara umat Islam Syria menjadi medan dan mangsanya.

Pada bila-bila masa United Kingdom akan melancarkan serangan terhadap Syria setelah kapal selam negara itu dihantar ke perairan Syria. Perdana Menteri Britain dijangka mengadakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk membuat keputusan. Ia adalah petanda awal UK bakal menyertai Amerika Syarikat dan Perancis bagi memerangi Syria.

Rusia pula sebagai sebuah kuasa besar ketenteraan tentu sahaja bangkit mempertahankan Syria bersama-sama Iran. Apa pun, sudah tentu mangsanya ialah umat Islam rakyat Syria yang telah bertahun-tahun menderita kerana peperangan proksi antara Amerika dan Rusia.

Rakyat Malaysia perlu menghantar isyarat kepada dunia bahawa perang bukanlah penyelesaian bagi kedamaian dunia. Nyawa manusia sangat mahal nilainya untuk dijadikan pertaruhan oleh mereka yang dahagakan kuasa. Meja rundingan perlu dijadikan kunci bagi menghentikan peperangan yang hanya menguntungkan peniaga senjata.

Saya menyeru semua rakyat tampil dengan pelbagai *terma kempen keamanan bagi dunia* di samping keghairahan berkempen untuk pilihanraya umum ke 14.

#Aman_Dunia
#Katakan_Tidak_Pada_Perang

Sekian

Sabtu 14hb April 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1945536102123077&id=569086473101387